Jumaat, 18 Mei 2012

Konvoi Scrambler Ke Port Dickson...???

Wah wah ... baru baru ini, Easy One Bikers baru sahaja habis konvoi pertama mereka ke Port Dickson. Sebanyak 31 motor scramblers, 2 kereta and 1 lorry menyertai konvoi ini dari kedai mereka di Ampang sehingga destinasi mereka iaitu Tiara Beach Resort.

Acara ini dimulakan dengan kedatangan para scramblers dari Demak DTM 150, Nimota Ranger, Demak Combat, dan KSR ke kedai Easy One Bikers di Ampang. Kemudian, mereka bersarapan di Restoran RNK dimana taukeh atau Bos Easy One Bikers, En. Loi belanja kesemua ahli - ahli scramblers yang telah berkumpul sejak awal lagi.

Kepada yang telah bersarapan pagi, mereka terus ke bengkel Easy One Bikers untuk memastikan scrambler mereka berada dalam keaadaan optima sebelum memulakan perjalanana mereka.

Sebanyak 4 hingga 5 Marshals bertugas pada hari itu untuk memastikan anggota - anggota konvoi menunggang dalam keadaan tidak berbahaya sewaktu perjalanan.

Kami terus menunggang sampai di McDonald's (Port Dickson) dan menikmati Big Mac sebagai sarapan tengah hari. Saya juga mendapati bahawa McDonald juga di "sponsor" oleh Taukeh Easy One Bikers. Hebat - hebat! mudah - mudah, Tuhan panjangkan umurnya and banyakkan rezekinya :-)

Selepas makan, kami pun megambil gambar dan video sebagai kenang - kenangan.

Apa lagi lepas gambar, kami semua pun terus tunggang sampai Tiara Beach Resort.

Kami cepat cepat 'check-in' dan lepas sebab kepenatan, ada yang terus buka aircon dan tidur manakala yang lain terus ke 'water-park' untuk main air.

Memang syiok sekali jika nak habiskan dalam satu blog ini memang tidak cukup untuk ekpress luah hati kami yang seronok pada masa tu. Alah, kami hanya bayar RM 30 sahaja tapi dapat makan best, tidur best dan water park tu macam bonus untuk kita orang.

Jadi, tanpa banyak panjang lebar lagi, saya masukkan video dari Youtube yang dibuat oleh kumpulan Easy One Bikers untup tatapan semua.

Jikalau anda masih mencari sebuah kelab, cubalah join kita orang disini leh ... haha ...

Kalau ada sebarang pertanyaan, sila kemukan disini ya.

Ok. Bye bye ... :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan