Khamis, 28 Jun 2012

Jemputan: Konvoy Scramblers Jom Tengok Wayang Gambar "The Amazing Spiderman"

Jemputan: Konvoy Scramblers Jom Tengok Wayang Gambar "The Amazing Spiderman"

Kepada semua para scramblers, anda dijemput untuk menyertai Konvoy Scramblers Jom Tengok Wayang Gambar "The Amazing Spiderman" pada haribulan 15hb Julai 2012 di Big Cinema (Brem Mall, Kepong).

Maklumat selanjutnya adalah seperti dibawah:



Jika berminat, sila "copy & paste" form dibawah dan fakskan ke Easy One Bikers Sdn Bhd (03-42977989):



Lokasi kedai Easy One Bikers ialah:

http://www.easyonebikers.com/location/ampang-showroom.html

TQVM

AL

Khamis, 24 Mei 2012

Ubahsuai Scrambler DTM 150 ...???

Ubahsuai Atau Modify Moto Scrambler DTM 150 ...???

Saya pernah tanya member - member scrambler yang lain, boleh tak scrambler DTM 150 ini diubahsuai lagi ... ???

Ada antara member - member saya yang 'blur' aje bila saya tujukan soalan ini pada mereka.

Saya masih berfikir panjang bahawa Scrambler DTM 150 ini memang boleh diubahsuai tapi saya kan bukan mekanik ke apa ke jadi saya biarkan fikiran dan imaginasi saya berleluasa sampai mana yang saya boleh ingati.

Namun pada suatu hari, sewaktu saya masuk ke kedai Easy One Biker lagi untuk bayar 'loan' scrambler. saya ternampak Scrambler DTM 150 yang lain daripada yang lain.

Saya pun lihat dengan lebih mendalam lagi dan mendapati bahawa RIM dan Exhaust dia dah diubahsuaikan dan ia nampak lebih menarik.

Saya pun terus tanya boss mereka, Mr. Raymond dan dia berkata bahawa DTM 150 scrambler ini memang boleh di ubah suai. Saya pun ternganga lah mulut saya ...

Saya pun tanya berapa harga untuk ubahsuai, boss tu kata, kalau bukan Easy One Bikers ialah RM 3,500 tapi kalau member terus harga RM 2,50o ...

Saya pun bukan main giler sini ... Kena lah I simpan duit baru boleh buat modifikasi ... Haiz .. kalaulah aku kuat bekerja di sini ...

Macam mana pun, saya pun berterima kasih kepada boss Easy One Bikers dan terus meminta kebenaraan untuk ambik gambarnya terus dari Facebook Easy One Bikers.

Ini lah gambarnya para scrambler sekalian untuk tatapan anda ...


Sebarang pertanyaan, boleh contact terus number kedai Easy One Bikers seperti di bawah.

Nombor Kedai Easy One Bikers: +6016-229-0107 | Mr. Raymond

Jumaat, 18 Mei 2012

Konvoi Scrambler Ke Port Dickson...???

Wah wah ... baru baru ini, Easy One Bikers baru sahaja habis konvoi pertama mereka ke Port Dickson. Sebanyak 31 motor scramblers, 2 kereta and 1 lorry menyertai konvoi ini dari kedai mereka di Ampang sehingga destinasi mereka iaitu Tiara Beach Resort.

Acara ini dimulakan dengan kedatangan para scramblers dari Demak DTM 150, Nimota Ranger, Demak Combat, dan KSR ke kedai Easy One Bikers di Ampang. Kemudian, mereka bersarapan di Restoran RNK dimana taukeh atau Bos Easy One Bikers, En. Loi belanja kesemua ahli - ahli scramblers yang telah berkumpul sejak awal lagi.

Kepada yang telah bersarapan pagi, mereka terus ke bengkel Easy One Bikers untuk memastikan scrambler mereka berada dalam keaadaan optima sebelum memulakan perjalanana mereka.

Sebanyak 4 hingga 5 Marshals bertugas pada hari itu untuk memastikan anggota - anggota konvoi menunggang dalam keadaan tidak berbahaya sewaktu perjalanan.

Kami terus menunggang sampai di McDonald's (Port Dickson) dan menikmati Big Mac sebagai sarapan tengah hari. Saya juga mendapati bahawa McDonald juga di "sponsor" oleh Taukeh Easy One Bikers. Hebat - hebat! mudah - mudah, Tuhan panjangkan umurnya and banyakkan rezekinya :-)

Selepas makan, kami pun megambil gambar dan video sebagai kenang - kenangan.

Apa lagi lepas gambar, kami semua pun terus tunggang sampai Tiara Beach Resort.

Kami cepat cepat 'check-in' dan lepas sebab kepenatan, ada yang terus buka aircon dan tidur manakala yang lain terus ke 'water-park' untuk main air.

Memang syiok sekali jika nak habiskan dalam satu blog ini memang tidak cukup untuk ekpress luah hati kami yang seronok pada masa tu. Alah, kami hanya bayar RM 30 sahaja tapi dapat makan best, tidur best dan water park tu macam bonus untuk kita orang.

Jadi, tanpa banyak panjang lebar lagi, saya masukkan video dari Youtube yang dibuat oleh kumpulan Easy One Bikers untup tatapan semua.

Jikalau anda masih mencari sebuah kelab, cubalah join kita orang disini leh ... haha ...

Kalau ada sebarang pertanyaan, sila kemukan disini ya.

Ok. Bye bye ... :-)


Khamis, 17 Mei 2012

Aktiviti Sukan Lasak Sukan Motorcross Dengan DTM 150 Oleh Easy One Bikers

Salah Satu Aktiviti Lasak Sukan Motorcross Dengan DTM 150



Saya dapat tahu bahawa video ini di rakam pada akhir tahun untuk 2011. Video ini adalah berkenaan sukan lasak motorcross atau lebih dikenali "Motorcross" yang adakan oleh Easy One Bikers Sdn Bhd di Ampang.

Chun kan ... Anda masih mencari kelab scrambler di KL? Cuba tanya di sini ... ??? Apamacam ...??? :-)

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari ~ www.easyonebikers.com atau kunjungi Facebook mereka kat www.facebook.com/easyonebikers

Sekian sampai di sini saje coletah ku. Good night!

Selasa, 15 Mei 2012

Salam Sejahtera ...

Laman blog ini didedikasikan kepada para pemilik dan peminat scrambler bike atau motorcross di KL. Blog ini mencatatkan peristiwa dan pengalaman bagu setiap activity dan konvoy yang dihadiri atas jemputan bos kedai motor di Ampang bernama Easy One Bikers. Lebih dikenali sebagai Raymond, beliau merupakan seorang yang peramah dan amat meminati motorsikal scrambler. Di bawah naungan Easy One Bikers, beberapa kelab scrambler telah ditubuhkan dengan sebanyak 100 ahli yang aktif disitu.

Nama Kedai: Easy One Bikers Sdn Bhd
Nama Bos: Raymond
No. Tel: +6016-2290107
Laman Web: www.easyonebikers.com
Facebook: www.facebook.com/easyonebikers
Logo: (Seperti dibawah)

Diharap blog ini dapat memberi peluang keemasan kepada para pemilik motor scrambler yang masih mencari kelab dan ingin berkenalan dengan ahli motor scrambler yang lain.

Sekian terima kasih

Kelab Scrambler KL